Merotan anak bukan budaya Islam

No comments:

SEHARI dua ini nampaknya rakyat diajak
berpolemik dengan isu mengenai merotan
anak. Termenung seketika memikirkan apakah punca isu sebegini dipolemikkan.

Seolah-olah Islam yang tertampil hari ini hanya berlegar sekitar isu-isu keganasan, kekerasandan hukuman. Di manakah aspek kasih-sayang,kelembutan, keihsanan yang menjadi teras agama Islam selama ini?

Isu ini timbul apabila kenyataan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disalah tafsir media dengan maksud untuk menjadikan tindakan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Mujurlah pihak Kementerian segera
menjernihkan suasana dengan menyiarkan penjelasan terhadap isu tersebut.

Penulis tidaklah bercadang untuk
membahaskan kenyataan pencerahan yang diberikan oleh pihak Kementerian bahawa tidak timbul untuk menjadikan tindakan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Ini kerana peruntukan undang-undang sedia ada telah pun menjadikan perbuatan merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental sebagai suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak- Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Namun apa yang penulis berasa kurang selesa apabila masyarakat begitu bersungguh-sungguh berhujah seolah-olah merotan anak ini sudah menjadi suatu budaya umat Islam dalam mendidik anak.

Benarlah merotan atau memukul merupakan sebahagian daripada kaedah mendidik sebagaimana yang dikhabarkan dalam banyak hadis, termasuklah seperti hadis berikut: “Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun”. (Riwayat Abu Daud dan berstatus sahih)

Walau bagaimanapun, hadis di atas tidak boleh ditafsirkan secara simplistik dengan
memberikan makna seolah-olah merotan atau memukul merupakan sebahagian daripada budaya Islam dalam mendidik anak-anak.

Sedangkan dalam konteks hadis tersebut juga jelas bahawa merotan atau memukul adalah pilihan terakhir setelah dilaksanakan pelbagai kaedah untuk memujuk, membelai dan menasihati anak dengan penuh kasih sayang tatkala dia sudah mumaiyiz iaitu berupaya menentukan yang mana baik dan buruk.

Bahkan aspek kasih sayang dan kasihan belas ini dinukilkan dalam ayat al-Quran berupa doa kepada kedua ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. ALLAH berfirman dalam Surah al-Isra’ayat 24: “Katakanlah: wahai Tuhanku
kasihanilah kedua mereka (ibu bapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.

Kalaupun hendak mula memukul anak selepas umur mencecah 10 tahun, Islam meletakkan garis panduan yang jelas bahawa tidak boleh memukul sehingga boleh mendatangkan kecederaan.

Dalam satu hadis disabdakan: “Tidak boleh
merotan melebihi 10 kali melainkan pada
hukum hudud” (Hadith Riwayat Bukhari).
Menurut Khalifah Umar Abdul Aziz: “Guru-guru tidak boleh merotan melebihi tiga kali, kerana ia boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak”.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi tiga kali, maka ia adalah qisas. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/ lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit. Mengenai cara merotan pula, menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama
dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

Namun, sekali lagi ingin ditegaskan tindakan memukul atau merotan seharusnya menjadi pilihan dan pendekatan terakhir setelah diusahakan pelbagai cara lain yang lebih diutamakan Islam.

Di dalam kitab masyhur bertajuk Tarbiyatul Awlad fil Islam (Pendidikan Anak-anak dalam Islam) telah disenaraikan langkah-langkah mendidik anak.

Antaranya, pertama, mendidik dengan menjadi Murabbi atau guru contoh ikutan yang baik; Kedua, mendidik dengan menanam akhlak dan nasihat yang baik; Ketiga, mendidik secara menasihati apabila kesalahan dilakukan;

Keempat, mendidik secara menegur dengan keras apabila kesalahan diulangi;

Kelima, mendidik dengan memberi silent
treatment atau tindakan meminggirkan seketika apabila kesalahan tetap diulangi; dan jika masih dibuat juga maka barulah mendidik secara memukul mengikut batas-batas tertentu.

Maka jelaslah memukul merupakan JALAN
TERAKHIR setelah segala ikhtiar berpandukan kelima-lima pendekatan di atas telah sudah dilaksanakan dengan cara terbaik.

Justeru tidak wajar sama sekali mengandaikan seolah-olah merotan atau memukul sudah menjadi akar umbi budaya Islam yang hakikatnya langsung tidak mencerminkan agama ini yang subur dengan kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan.

Mencari Sakinah

No comments:

Mencari Sakinah...

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!...

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W

No comments:


KISAH SEORANG LELAKI
YANG INGIN MEMUKUL
RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.
Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu
baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke
masjid. Tidak lama kemudian,
penuhlah masjid dengan para
sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua,
bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan
suara bersemangat, " Benar!
Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. adalah Tuhan yang layak di
sembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada
mereka". Kemudian baginda
berkata lagi.......dan setiap apa
yang baginda perkatakan , akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu
topik yang menjadikan para
sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi
bertemu Tuhan.......dan sebelum
aku pergi, aku ingin selesaikan
segala urusan dengan manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan
hutang tersebut. Kerana aku tidak
mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".
Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati
masing-masing berkata "Mana ada
Rasullullah S.A.W. berhutang
dengan kami..........sebenarnya
kamilah yang banyak berhutang
dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi
pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki
yang bernama Akasyah. lalu dia
berkata:
"Ya Rasulullah! Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai
ianya dikira hutang, maka aku
minta kau jelaskan. Andainya
ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika
engkau tunggang kuda, lalu
engkau pukulkan cemeti ke
belakang kuda. Tetapi cemeti
tersebut tidak kena pada
belakang kuda,...yang sebenarnya
cemeti itu terkena pada dadaku
kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang
wahai Akasyah! kalau dulu aku
pukul engkau, maka hari ini aku
akan terima hal yang sama".
Dengan suara yang agak tinggi,
Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera
melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa
bersalah bila mengatakan yang
demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi
Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda
sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan
semua itu.
Rasulullah S.A.W. meminta Bilal
mengambil cemeti tersebut di
rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal
meminta cemeti tersebut dari
Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta
cemeti ini wahai Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada
sedih :
"cemeti ini akan digunakan oleh
Akasyah untuk memukul
Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah
seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul
ayahku Rasulullah!......ayahku
sedang sakit........kalau nak
pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab: " Sesungguhnya
ini adalah urusan antara mereka
berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke
masjid lalu diberikan kepada
Akasyah. Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan
menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku.......
aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. sampaikan.
Akulah tema
nnya di kala suka dan
duka. Kalau engkau hendak
pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
bakar!....ini bukan urusan kamu.
Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya
berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak
pukul, pukullah aku....... Dulu
memang aku tidak suka
mendengar nama Muhammad,
bahkan aku pernah berniat untuk
menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang
berani menyakiti Muhammad.
Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini
urusan antara aku dengan
Akasyah".
Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya
berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada
pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .
Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.
Mereka berdua merayu dan
meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami
sedang sakit........pukullah kami
wahai pak cik.....sesungguhnya
kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku
dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar,
dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul
engkau ya Rasulullah! Engkau
duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau hendak aku pukul
engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda
meminta beberapa orang sahabat
memapahnya ke bawah. Baginda
didudukkan pada sebuah kerusi,
lalu dengan suara tegas Akasyah
berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu,
aku tidak memakai baju, Ya
Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam keadaan
lemah......Rasulu ll
ah membuka
baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan
janganlah kamu berlebih-lebihan.
Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula
untuk menghayunkan tangan yang
memegang cemeti untuk di
pukulkan ke tubuh Rasulullah
S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah
menghayun cemeti, sambil itu
juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga
dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.
Sambil berteriak menangis,
Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana
ada manusia yang sanggup
menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat
merapatkan tubuhku dengan
tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa
tubuhmu tidak akan dimakan
oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan
api neraka........maafkanlah aku
ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan
penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua,
kalau kamu ingin melihat ahli
syurga, maka lihatlah kepada
Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang
mencurah di pipi masing-masing.
Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.

Tiada berasa sebak?
Tiada genangan airmata?
Tiada terasa apa-apa?
TERNYATA ANDA TERLALU JAUH dari Allah dan Rasulullah saw..

Jika anda menangis dan sebak denga kisah ini...
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA PADA KASIH KITA PADA NABI KITA MOHAMMAD SAW...

Sayanglah orang tua kita selagi mereka masih bersama kita

No comments:
 Sayanglah orang tua kita selagi mereka masih bersama kita


sebak baca kisah ni walaupun dah berkali kali dibaca....
Sayanglah org tua kita selagi diaorg masih bersama kita.
MANA MAK???
Renung2kan....
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu    . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Gempa bumi salah satu mukjizat ILAHI

No comments:

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia
26 dec 2004 tsunami aceh
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:

Adakah kita sedari...???

Acheh
Tsunami
26-12-2004,

Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Guru Merapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013

Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!

Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb

Adakah ini satu kebetulan??

Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26

Allah SWT telah berfirman

Mafhumnya:

"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".

Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!

Wanita yang terlarang dinikahi

No comments:

SIAPA sajakah wanita yang terlarang untuk dinikahi? Persoalan semacam ini yang perlu diperhatikan. Ini menyangkut masalah prinsip bahwa tidak semua wanita itu dapat dinikahi. Ada wanita yang haram untuk dinikahi selama-lamanya dan ada juga yang haram dinikahi hanya dengan batas waktu tertentu saja. Secara mutlak, wanita yang diharamkan untuk dinikahi itu dikelompokkan menjadi tiga bagian, yaitu:

Hubungan keluarga

1. Ibu
2. Saudara perempuan ayah
3. Saudara perempuan ibu
4. Saudara perempuan
5. Anak perempuan
6. Anak keponakan (anak perempuan dari saudara lelaki)
7. Anak keponakan (anak perempuan dari saudara perempuan)

Hubungan perbesanan

1. Istri dari anak
2. Istri ayah atau ibu
3. Mertua, nenek mertua dan selanjutnya ke atas
4. Anak tiri yang ibunya digauli. Termasuk cucu-cucunya
5. Dari pihak anak-anaknya yang perempuan ataupun dari pihak anak-anaknya yang laki-laki

Hubungan susunan

1. Ibu susuan
2. Saudara perempuan dari susuan (bibi)
3. Saudara perempuan dari bapak susuan (bibi)
4. Ibu dari ibu susuan (nenek)
5. Cucu perempuan dari ibu susuan. Baik yang berasal dari pihak anak laki-laki ataupun perempuan, yakni anak-anak perempuan dari saudara laki-laki atau saudara wanita (keponakan)
6. Ibu dari suami ibu susuan (nenek)

Jadi dari ketiga kelompok wanita yang tersebut di atas itu tidak boleh dinikahi untuk selama-lamanya dan begitu pula dari pihak perempuan selamanya dilarang mendapatkan lelakinnya.

Sumber: Wanita bertanya Islam Menjawab/ Labib/ Bintang Usaha Jaya

Di Alam barzakh, Ini tempat para roh

No comments:

KETIKA maut telah tiba, jasad kita dan roh pada diri kita akan terpisah. Roh akan pergi meninggalkan jasad ke alam barzakh. Di mana, alam itu merupakan tempat pengumpulan seluruh roh manusia. Roh-roh manusia di alam barzakh berada di tempat yang bertingkat-tingkat. Dari nas-nas yang ada, kami mengkalsifikasikannya sebagai berikut.

1. Roh para nabi

Roh mereka menempati kedudukan terbaik di tempat paling tinggi (‘illiyyin). Siti Aisyah mendengar Rasulullah SAW dalam detik-detik akhir kehidupannya mengucap, “Ya Allah, (tempatkan aku) di tempat tertinggi (ar-Rafiq al-A’la)!”

2. Roh para syuhada

Di sisi Allah, mereka hidup seraya mendapatkan rezeki yang sangat besar. Allah berfirman, “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki,” (QS. Ali Imran:169).

Masruq bertanya kepada Abdullah ibn Mas’ud mengenai ayat ini. Ibn Mas’ud menjawab, “Roh mereka berada di tengah-tengah burung hijau dan memiliki lampu pelita yang tergantung di langit. Roh itu dapat keluar dari surga sekehendak dirinya, kemudian kembali ke pelita-pelita tersebut,” (HR. Muslim).

Ini adalah roh sebagian syuhada, bukan semua syuhada, sebab di antara mereka ada yang rohnya tertahan karena memiliki hutang yang belum ditunaikan. Dari Abdullah ibn Jahsy diceritakan bahwa seorang laki-laki dating kepada Nabi SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi padaku jika aku terbunuh di jalan Allah?” Beliau menjawab, “Surga.” Ketika orang itu berpaling, beliau bersabda, “Kecuali ada hutang. Baru saja Jibril memberi tahu aku.”

3. Roh mukmin yang shaleh

Roh mereka seperti burung yang bergelantungan di pohon surga. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrahman ibn Ka’ab ibn Malik, Nabi SAW bersabda, “Jiwa seorang muslim itu laksana burung yang bergelantungan di pohon surga sampai Allah mengembalikannya ke jasadnya pada hari kiamat,” (HR. Ahmad).

Perbedaan antara roh syuhada dengan roh kaum mukmin adalah bahwa roh syuhada berada di sangkar burung hijau sambil terlepas dan berjalan ke sana ke mari di taman surga lalu kembali ke lampu pelita yang tergantung di arasy. Sedangkan roh kaum mukmin berada di sangar burung yang tergantung di surge tetapi tidak berjalan ke sana-sini di surga. Keadaan kaum mukmin seperti burung yang bergelantungan di pohon surga tidak bertentangan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Rasulullah SAW. Hadis tersebut menyatakan bahwa malaikat menggenggam roh seorang mukmin dan membawanya naik ke langit. Malaikat berseru, “Alangkah wanginya roh yang mendatangi kalian dari bumi!” Lalu mereka membawa roh itu menemui roh orang-orang beriman. Legembiraan mereka melebihi kegembiraan orang yang menemukan barangnya yang hilang.

Roh-roh kaum mukmin bertanya kepada si roh, “Apa yang dilakukan di fulan? Apa yang siperbuat si fulan?” Malaikat berseru, “Biarkan dia, sebab dia sebelumnya sengsara di dunia.” Lalu roh tersebut menjawab, “Si fulan telah mati, apakah ia mendatangi kalian?” Mereka menjawab, “Ia diseret ke neraka Hawiyah.

4. Roh tukang maksiat

Nas-nas yang menjelaskan azab yang diterima oleh orang maksiat telah dikemukakan. Orang yang kebohongannya merajalela diazab dengan besi yang ujungnya bengkok yang dimasukkan ke mulutnya sampai ke tungkuk.

Kepala orang yang meninggalkan shalat wajib karena tidur akan dihancurkan dengan batu. Para pezina, laki-laki atau perempuan akan disiksa di sebuah lubang seperti tungku dari tembikar untuk membakar roti yang bagian atasnya sempit, dan di bawahnya luas, sementara api menyala-nyala di bawahnya.

Orang yang suka makan riba berenang di lautan darah, dan di tepi lautan itu ada orang yang melemparinya dengan batu. Banyak juga hadis lain yang menceritakan tentang azab orang yang tidak bersuci dari kencingnya, orang yang suka mengadu domba di antara manusia, orang yang menyembunyikan harta ghanimah, dan lain-lain.

5. Roh orang-orang kafir

Disebutkan dalam hadis dari Abu Hurairah bahwa setelah melukiskan keadaan orang beriman sampai menempati tempatnya di surga, Nabi SAW menyebut keadaan orang-orang kafir beserta sekarat yang dialaminya. Setelah rohnya dicabut, roh itu keluar dari jasadnya dengan bau yang sangat busuk, sampai-sampai para malaikat yang membawanya ke pintu bumi berteriak, “Alangkah busuknya roh ini!” Kemudian mereka membawanya bertemu dengan roh-roh orang kafir lainnya.  [Sumber: Ensiklopedia Kiamat/Karya: Dr. Umar Sulayman al-Asykar/Penerbit: Serambi

Larangan berjilbab, bukti tidak ada kebebasan beragama

No comments:
KONTROVERSI karyawan maupun petugas kepolisian berjilbab terus berlanjut. Kebijakan mengenai bolehkah polisi wanita berjilbab terus menjadi polemik setelah pada akhir 2013. Kepolisian Indonesia mewacanakan akan membuat aturan tentang jilbab yang mengatur desain dan warnanya agar seragam. Namun, dengan pergantian pucuk pimpinan setelah Jenderal Polisi Sutarman, rencana itu tidak jelas ujungnya hingga akhirnya telegram berisi larangan berjilbab kembali dikeluarkan Markas Besar Kepolisian Indonesia dan hingga ke daerah-daerah.
Surat edaran itu diketahui ketika dikeluarkan oleh Polda Riau dengan klasifikasi ‘biasa’ tertanggal 19 Januari 2015 oleh Kapolda Riau, Brigjen Dolly Bambang. Surat edaran itu merupakan surat lanjutan berdasarkan arahan dari Mabes Polri.
"Jilbab itu kan belum diatur, jadi kalau sudah ada aturannya, baru boleh dikenakan,” kata Kepala Bidang Propam Polda Riau AKBP Budi Santoso. Bagaimana dengan wanita polisi yang terlanjur berjilbab dalam aktivitas kedinasannya? Dia mengatakan, setiap personel Kepolisian Indonesia harus tunduk dengan kebijakan dan aturan yang sudah ada.
Larangan karyawan mengenakan jilbab pun terjadi di Mataram NTB, manajemen Tiara Mall melarang karyawannya berhijab atau mengenakan jilbab.
Sesungguhnya larangan bagi karyawan berhijab itu melanggar Undang-Undang Ketenagakerjaan No. 13/2003 pasal 5 dan 6 yang menyebutkan perusahaan tidak boleh melakukan diskriminasi terhadap pekerja. Apakah itu atas nama agama ataupun atas jenis kelamin atau lain sebagainya,” kata Kepala Dinas Sosial Tenaga Kerja dan Transmigrasi (Dinsosnakertrans) Kota Mataram H Ahsanul Khalik di Mataram, Kamis (8/12015) lalu.
Sulitnya pemberlakuan Jilbab Polwan bagi Muslimah dan bagi karyawan muslimah kontradiktif dengan jargon kebebasan beragama dalam konsep demokrasi. Padahal mengenakan jilbab merupakan bukti ketaatan setiap muslimah pada aturan agamanya, karena mengenakan jilbab adalah kewajiban setiap muslimah.
Sayangnya, hanya karena alasan administratif tidak adanya Peraturan Kapolri (Perkap) terkait penggunaan Jilbab Polisi Wanita (Polwan) dan belum disiapkannya anggaran bagi para Polwan yang ingin menggunakan jilbab saat bertugas, para polwan terhambat dalam melaksanakan kewajiban tersebut. Padahal ini jelas bukanlah tindak kemaksiatan yang akan menuai kerugian.
Hambatan yang ditunjukkan oleh Polri dan perusahaan ini menyiratkan masih melekatnya stigma bahwa ketaatan terhadap syariat Islam akan menghambat dan merugikan. Padahal dengan berpakaian sebagaimana seorang muslimah yang taat, akan mendorong para polwan untuk melaksanakan kewajibannya sebagai polwan bukan hanya sebagai tuntutan profesi, tetapi juga sebagai bagian tanggung jawab kepada Sang Pencipta, Allah SWT.
HENDAKNYA kaum muslim yang mayoritas di negeri ini menyadari bahwa permasalahan utamanya bukan sekadar hambatan jilbab Polwan maupun larangan jilbab karyawan di beberapa daerah. Penerapan sistem demokrasi dan kapitalisme serta ditinggalkannya Syariah Islam untuk mengatur aspek politik, hukum, ekonomi, sosial dan budaya inilah yang menjadi sumber berbagai masalah. Syariat Islam tidak ditempatkan posisinya sebagai konstitusi dan perundang-undangan yang dilaksanakan untuk mengatur masyarakat.
Oleh karena itu marilah kita segera memperjuangkan tegaknya seluruh Syariah Islam dalam naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Islam adalah rahmat, bukan hanya kebaikan bagi umat Islam tapi juga rahmat bagi semua manusia. Wallahu a’lam bi ash-showab.

Nikmat yang diperoleh, Renungkanlah

No comments:

MANUSIA memiliki kelebihan yang berbeda dibandingkan makhluk lainnya. Manusia diberi akal, sebagai pembeda derajatnya dengan makhluk lain. Akal tersebut dapat dipergunakan manusia untuk menjalani hidup ini sesuai dengan logikanya. Bahkan untuk memecahkan suatu masalah, yang paling berpengaruh adalah kekuatan akal.

Mari kali ini kita bersama-sama gunakan akal kita untuk merenungkan segala apa yang ada dalam diri kita dan apa yang terjadi dalam hidup kita selama ini. Satu hal yang seharusnya dilakukan oleh manusia, yaitu mengingat nikmat yang telah Allah SWT berikan kepadanya.

Nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia itu tak terhingga. Mulai dari yang ada pada diri kita dari ujung rambut hingga ujung kaki, kesehatan badan, keamanan dan kecukupan sandang, pangan, air serta masih banyak lagi nikmat lainnya. Itulah nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. “Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah niscaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.

Demikian besar nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Dunia beserta isinya disediakan untuk kita. Segala apa yang dibutuhkan oleh kita untuk bertahan hidup, semuanya telah tersedia. Anda adalah pemiliki kehidupan, namun, Anda tidak menyadari akan hal itu. “Dia (Allah) telah memberikan nikmat-nikmat-Nya secara sempurna kepada kalian, baik yang lahir maupun yang batin.”

Anda telah diberi lidah dan bibir, kedua tangan dan kaki, “maka nikmat Tuhan yang manakah yang pantas kalian dustakan (wahai jin dan manusia)?”Apakah Anda berpikir bahwa berjalan dengan kedua kaki adalah hal biasa? Apakah terlalu mudah bertopang pada pangkal kaki sendiri, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan pangkal kakinya? Apakah Anda tidak merasakan nikmatnya tidur, sedangkan ada manusia lain yang mengidap penyakit insomnia? Anda masih bisa menyantap makanan dan minuman yang lezat, sedangkan banyak orang yang kini mengalami sakit, hingga ia tak bisa merasakan nikmatnya makan.

Renungkanlah! Pendengaran Anda bebas dari ketulian. Penglihatan Anda bebas dari kebutaan dan kulit Anda mulus, terhindar dari segala penyakit. Perhatika pula otak Anda. Allah SWT telah memberikan akal kepada Anda dengan kondisi yang baik. Tapi lihatlah sekeliling Anda, banyak orang yang kehilangan akal sehatnya sehingga ia berperilaku di luar kewajarannya.

Apakah Anda mau menggantikan penglihatan Anda dengan gunung Uhud yang terbuat dari emas? Apakah Anda mau menggantikan pendengaran Anda demi berkilo-kilo perak? Apakah Anda mau membeli istana penuh bunga dengan lidah, hingga menjadi bisu? Apakah Anda mau memberikan kedua tangan dan kaki Anda hanya demi butiran-butiran permata dan berlian?

Kini, Anda berada daam posisi yang penuh dengan kenikmatan. Sayangnya, Anda tidak menyadari itu. Bahkan, Anda terperangkap dalam kesedihan dan ketidak pastian, padahal Anda masih memiliki makanan yang lezat dan minuman yang menyegarkan, serta tidur nyenyak dan kesehatan yang stabil.

Anda memikirkan sesuatu yang telah hilang, tapi tidak mensyukuri apa yang ada di depan mata Anda. Anda merasa sedih karena kurangnya materi, padahal Anda masih memiliki setumpuk kebahagiaan, setumpuk kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainnya.

Oleh karena itu, renungkanlah apa yang ada pada diri dan sekeliling Anda. Dan jangan pernah lupa untuk selalu bersyukur kepada Allah SWT. Karena Allah SWT adalah pemberi nikmat yang sempurna. “Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?” Wallahu ‘alam.

Sumber: Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Ada Kemudahan/Karya: Dr. Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qarni/Penerbit: Irsyad Baitus Salam.

Hati-hati dengan kemaksiatan

No comments:


 KEMAKSIATAN sekalipun dianggap kecil dapat membinasakan pelakunya, menunda pertolongan Allah datang padanya, dan akan mendatangkan murka Allah padanya. Kemaksiatan adalah hal yang membahayakan bagi manusia, dampaknya bisa langsung dirasakan oleh pelakunya.
   
Imam Malik pernah berpesan kepada Imam Syafi’i dan memberikan nasehat kepada muridnya itu, beliau berkata “Aku melihat, Allah telah meletakkan sinar di dalam hatimu. Janganlah kau padamkan sinar itu dengan kegelapan maksiat, sebab sinar itu akan terus melemah apabila kegelapan maksiat menguat, hingga hati menjadi bagaikan malam gulita. Banyak sekali sesuatu yang dapat membinasakan manusia, tapi ia tidak dapat melihat seperti orang buta yang keluar pada malam hari dijalan yang berbahaya.

    Begitulah maksiat yang diibaratkan oleh Imam Malik, maksiat dapat membutakan hati, seperti butanya seseorang yang buta matanya lalu keluar dimalam hari yang berbahaya. Bagaimana jadinya bila ada seorang yang buta penglihatannya berjalan di malam hari yang gelap gulita ?

    Maksiat juga dapat mendatangkan keresahan hati, mendatangkan kesulitan, melemahkan jiwa dan raga, mengikis keberkahan, menghalangi ketaatan, juga dapat menghalangi datangnya rezeki. Dalam Musnad diterangkan bahwasannya Rasulullah pernah bersabda “Seorang hamba tidak mendapatkan rezeki karena dosa yang ia kerjakan”.

Adapula maksiat yang pelakunya tidak diberikan maaf dan tertutup pintu tobat baginya. Dialah orang yang kata Imam Ibnul Qayyim Aljauziyyah dalam kitab Ad-Da’u wa ad Dawa “Merasa bangga setelah berbuat maksiat hingga mengobral kisahnya kepada orang lain”. kemudian beliau mengutip hadist Rasul yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari".

Semua umatku diberi maaf kecuali orang yang berbuat dosa terang-terangan. Sesungguhnya Allah menutupi aib seorang hamba-Nya, namun pada pagi harinya, ia justru membeberkan sendiri apa yang ia lakukan. Ia berkata ‘Aku telah berbuat ini dan itu pada hari ini dan itu.’ Maka, ia telah membuka pintu rahasia dirinya, padahal semalam ia ditutupi oleh Tuhannya.”

Tidak ada kemaksiatan yang paling besar selain menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, termasuk mencela syariat-Nya yang mulia. Hari ini, kita bisa menyaksikan tidak sedikit orang yang berbondong-bondong mengatakan bahwa “Syariat islam itu usang dan tak pantas untuk ditegakkan”. Padahal, mereka yang mengatakan hal tersebut adalah orang yang mengaku sebagai seorang muslim. Boleh jadi, “Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.” (Q.S Albaqarah : 16).

Inilah orang yang rusak akalnya, yang menuntunnya dengan hawa nafsu. Sebagian ulama salaf mengatakan “Tiada seorang pun yang melanggar perintah Allah kecuali akalnya berkurang”

Hati-hatilah dengan kemaksiatan, karena kemaksiatan dapat merugikan kita, merusak amalan ibadah, dan membawa kita pada kehinaan. Hasan Bashri mengatakan “Bagaimanapun keadaannya, sesungguhnya kerendahan dan kehinaan tidak akan pernah berpisah dari hati mereka. Allah tidak suka merendahkan manusia kecuali orang yang melanggar perintah-Nya”.

Jauhilah kemaksiatan, sekecil apapun itu. Khawatirlah apabila kita telah menganggap biasa dosa-dosa yang kita lakukan. Bisa jadi, itu adalah azab yang Allah timpakan kepada kita, karena sesungguhnya “Hukuman terberat atas sebuah dosa” kata Ibnul Jauzi dalah Shaidul Khatir “adalah perasaan tidak berdosa.”Wallau’alam bishawab.

Punya kawan Suka Maksiat

No comments:

    Bila Punya Teman Suka MaksiatSyaikh Ibnu Utsaimin

Pertanyaan: Sekelompok orang kegiatannya seputar menggunjing, menghasut, main kartu, dan sejenisnya. Bolehkah bergaul dengan mereka? Perlu diketahui, bahwa mereka adalah kelompok saya, rata-rata terikat dengan hubungan persaudaraan, garis keturunan, persahabatan dan sebagainya.

Jawaban: Bergaul dengan kelompok sempalan tersebut berarti me-makan daging mayat saudara-saudara mereka. Sunggung mereka benar-benar dungu, karena Allah telah menyebutkan di dalam al-Qur'an,
 
"Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya." (Al-Hujurat: 12).

    Maka mereka itu adalah orang-orang yang memakan dating manusia dalam pergaulan mereka, na'udzu billah. Mereka telah melakukan dosa besar. Yang wajib anda lakukan menasehati mereka, jika mereka mau menerima dan meninggalkan perbuatan itu, maka itulah yang diharapkan. Jika tidak, maka hendaknya anda menjauhi mereka, hal ini berdasarkan firman Allah سبحانه و تعالى,

    "Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam. " (An-Nisa': 140).

    Allah menyatakan bahwa orang-orang yang duduk-duduk bersama mereka yang apabila mendengar ayat-ayat Allah mereka mengingkarinya dan mengolok-oloknya, Allah menganggap orang-orang tersebut sama dengan mereka. Ini merupakan perkara serius, karena berarti mereka keluar dari agama. Maka orang yang bergaul dengan orang-orang durhaka selain itu adalah seperti halnya mereka yang bergaul dengan orang-orang durhaka yang kufur terhadap ayat-ayat Allah dan mengolok-oloknya. Jadi orang yang duduk di tempat gunjingan adalah seperti penggunjing dalam hal dosa. Karena itu hendaknya anda menjauhi pergaulan dengan mereka dan tidak duduk-duduk bersama mereka. Adapun hubungan kuat yang menyatukan anda dengan mereka, sama sekali tidak berguna kelak di hari kiamat, dan tidak ada gunanya saat anda sendirian di dalam kubur. Orang yang dekat, suatu saat pasti akan anda tinggalkan atau meninggalkan anda, lalu masing-masing akan menyendiri dengan amal perbuatannya. Allah سبحانه و تعالى telah berfirman di dalam al-Qur'an,
   "Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. " (Az-Zukhruf: 67).

Rujukan: Fatawa asy-Syaikh Ibn Utsaimin, juz 2, hal. 394. Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 3,

Loefa-Cebook Facebook

Al Quran Wal Hadith

Categories