Bersusah payah dan Berletih-letih menuntut ilmu

No comments:

Bersusah payah dan Berletih-letih menuntut ilmu

Para ulama sering menyebutkan hal ini salah satunya adalah Yahya bin Abi Katsir rahimahullah, beliau berkata,

ولا يستطاع العلم براحة الجسد

“Ilmu tidak akan diperoleh dengan tubuh yang santai (tidak bersungguh-sungguh)”[1]

 

Imam Syafi’i rahimahullah berkata,

لا يطلب هذا العلم من يطلبه بالتملل وغنى النفس فيفلح، ولكن من طلبه بذلة النفس، وضيق العيش، وخدمة العلم، أفلح

“Tidak mungkin menuntut ilmu orang yang pembosan, merasa puas jiwanya kemudian ia menjadi beruntung, akan tetapi ia harus menuntut ilmu dengan menahan diri, merasakan kesempitan hidup dan berkhidmat untuk ilmu, maka ia akan beruntung.”[2]

 

Abu ‘Amr bin Ash-Shalah menceritakan biografi Imam Muslim rahimahullah, beliau berkata,

وَكَانَ لمَوْته سَبَب غَرِيب نَشأ عَن غمرة فكرية علمية

“tentang sebab wafatnya (imam muslim) adalah suatu yang aneh, timbul karena kepedihan/kesusahan hidup dalam ilmu.”[3]

 

Yahya Abu zakaria berkata,

وذكر لي عمي عبيد الله قال: قفلت من خراسان ومعي عشرون وقرا من الكتب، فنزلت عند هذا البئر -يعني: بئر مجنة- فنزلت عنده اقتداء بالوالد

“Pamanku Ubaidillah bercerita kepadaku, “aku kembali dari Khurasan dan bersamaku ada 20 beban berat yang berisikan buku-buku. Aku singgah di sebuah sumur –yaitu sumur Majannah- aku lakukan karena mencontoh ayahku.”[4]

 

Imam Syafi’i rahimahullah berkata,

ما أفلح فى العلم إلا من طلبه فى القلة، ولقد كنت أطلب القرطاس فيعسر علىَّ. وقال: لا يطلب أحد هذا العلم بالملك وعز النفس فيفلح

“tidak akan beruntung orang yang menuntut ilmu, kecuali orang yang menuntutnya dalam keadaan serba kekurangan aku dahulu mencari sehelai kertaspun sangat sulit. Tidak mungkin seseorang menuntut ilmu dengan keadaan serba ada dan harga diri yang tinggi kemudian ia beruntung.”[5]

 

Maka bandingkanlah dengan upaya kita menuntut ilmu sekarang?

✍��Ustadz Abu yahya alpinrangiy ✍��

Jadilah Mukmin dan Muslim Sebenar

No comments:

Jadilah Mukmin dan Muslim Sebenar

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ كُنْ وَرِعًا تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَكُنْ قَنِعًا تَكُنْ أَشْكَرَ النَّاسِ وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحْسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَأَقِلَّ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abu Hurairah, Jadilah kamu seorang yang warak, nescaya kamu menjadi manusia yang paling beribadah. Jadilah kamu seorang yang merasa kecukupan, nescaya kamu menjadi manusia yang paling bersyukur. Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, nescaya kamu akan menjadi seorang mukmin. Perbaikilah hubungan dalam berjiran dengan tetanggamu, nescaya kamu akan menjadi seorang yang berserah diri. Sedikitkanlah ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati." (HR Ibnu Majah No: 4207) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Jadilah kita ahli ibadah dengan memiliki sifat warak iaitu meninggalkan yang haram dan berhati-hati serta meninggalkan perkara yang syubhat

2.  Jadilah kita orang yang paling bersyukur dengan memiliki sifat qanaah iaitu merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

3.  Jadilah kita mukmin dengan mencintai orang lain seperti mencintai diri sendiri.

4.  Jadilah kita seorang muslim dengan sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga.

5.  Jadilah kita pemiliki hati yang hidup dengan mengurangkan ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.

Loefa-Cebook Facebook

Al Quran Wal Hadith

Categories