Bertakwa dan Bergaul Dengan Akhlak Yang Baik

No comments:

Bertakwa dan Bergaul Dengan Akhlak Yang Baik

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Dari Abu Dzar r.a. ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2.  Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3.  Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan pengawasan diri oleh Allah.

4.  Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan.

5.  Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia.

6.  Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita, jangan ada umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.

Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia.

Berakhlak Yang Baik

No comments:

Berakhlak Yang Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ وَصَفَ حُسْنَ الْخُلُقِ فَقَالَ هُوَ بَسْطُ الْوَجْهِ وَبَذْلُ الْمَعْرُوفِ وَكَفُّ الْأَذَى

Dari Abdullah bin Mubarak bahwasanya ia menjelaskan tentang husnul khuluq (akhlak yang baik) seraya berkata, "Berwajah ceria, menebarkan kebaikan dan mencegah keburukan." (HR Tirmizi No: 1928) Status: Sahih Isnad

Pengajaran:

1.  Seorang Muslim sewajarnya memiliki husnul khuluq (akhlak yang baik) dalam setiap tindak laku kita.

2.  Antara ciri akhlak yang baik ialah memiliki:

a.  Wajah yang ceria
b.  Sentiasa menebarkan kebaikan
c.  Mencegah keburukan

3.  Berwajah ceria antaranya sentiasa melemparkan senyuman dan tidak bermasam muka.

4.  Menebarkan kebaikan tanpa mengira makhluk, bangsa, agama mahupun keturunan.

5. Lakukan kebaikan kepada kawan dan lawan kerana ia adalah akhlak yang baik.

6. Cegah keburukan yang ada disekeliling dengan hikmah dan bijaksana selari dengan akhlak muslim.

Loefa-Cebook Facebook

Al Quran Wal Hadith

Categories