Mengutamakan Jiran Terdekat Dalam Berhadiah

Mengutamakan Jiran Terdekat Dalam Berhadiah

أَبُو عِمْرَانَ قَالَ سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي جَارَيْنِ فَإِلَى أَيِّهِمَا أُهْدِي قَالَ إِلَى أَقْرَبِهِمَا مِنْكِ بَابًا

Abu 'Imran berkata; Aku mendengar Tolhah bin 'Abdullah dari 'Aisyah radliallahu 'anha ' Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, aku punya dua tetangga, kepada siapa dari keduanya yang paling berhak untuk aku beri hadiah?" Beliau bersabda: "Kepada yang paling dekat pintu rumahnya darimu".(HR Bukhari No: 2099) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Berbuat baik dengan jiran melalui pemberian dan saling berhadiah contohnya dalam bentuk makanan dan buahan.

2.  Saling berhadiah akan mengikat ukhuwah dan kasih sayang

3.  Berilah hadiah pada jiran yang paling berhak iaitu yang paling hampir dengan rumah kita

Jika kita memiliki limpahan rezeki, jangan lupa menghadiahkan sedikit kepada jiran tetangga. Moga sifat rahmah yang ada pada kita akan menjadikan kehidupan bermasyarakat lebih harmoni.

No comments:

Post a Comment

Loefa-Cebook Facebook

Al Quran Wal Hadith

Categories